Friday, December 12, 2008

TrUe LoVE - TwiLIGHT

Dalam tiga minggu ni mood Ely tak berapa ok mungkin dah hujung tahun kot tak banyak kapal yang hendak diserbu plus rampas…… Untuk mendapatkan semula mood Ely, seperti biasa Ely akan stay kat Cinema yang terdekat.
TWILIGHT… mmm movie ni Ely dah tonton 3 kali berturut-turut. Tak ada kompromi langsung… Teruja sangat nak tengok movie ni… Bukanlah nak mengagung-agung pada movie barat tapi dah reality Ely amat meminati skrip Twilight….
Buat pertama kali... Menyaksikan movie ni dah falling in love dengan skrip dia… kalau part pelakon memanglah part of it.. tapi yang jelasnya jalan ceritanya cukup berbeza dengan cerita vampire buatan Barat sebelum ni….
Antara perubahan yang cukup jelas…
  1. Vampire dah jadi pengamal vegetarian
  2. Vampire boleh kena sinaran matahari tapi badan tak pula terbakar but sparkling like a diamond.
  3. Vampire tak ada unsur kelucahan melampau 18SX
  4. Vampire sanggup gadai nyawa sendiri demi mempertahankan cinta sejati...
Penulis Twiligt, Stephenie Meyer kira dah berjaya mengubah persepsi Ely terhadap Vampire Barat . Apa tidaknya dalam Twilight kita dapat lihat vampire pun ada juga perasaan macam manusia biasa ….
Hubungan kekeluarga yang cukup kuat walaupun tak ada kaitan darah sama sekali……
Moral of this stories : Ely suka membuat perbandingan cerita dalam filem dengan cara kehidupan kita seharian…. Ely tersentuh melihat scene BELLA sedang diburu oleh JAMES, DR. CULLEN berperanan untuk memastikan BELLA selamat kerana BELLA sudah dianggap sebagai salah seorang anggota keluarga mereka.
Berbalik kepada cara hidup kita di Malaysia, Ely ingin menyentuh isu penghinaan Islam oleh Blogger Surind…. Sape yang tak terasa bila isu agama diperkotak katikkan dan dihina…
Sape yang tak bertindak apabila agama yang dianuti selama ini disimpulkan tanpa melihat sensitivity penganut agama tersebut.
Orang Islam tak pernah mengamalkan sikap DENDAM bila dah keluar kenyataan maaf daripada individu yang dah terlajak kata….
Orang Islam akan maafkan kerana dah sifat manusia sentiasa melakukan kesilapan… tapi jangan lah nak ambik kesempatan bila dan minta maaf buat lagi; kesalahan yang sama… FIKIRKAN lah…
Hidup di Malaysia cukup unik dan ini yang menambat hati Ely untuk terus tinggal di MALAYSIA….takkan kita sanggup nak musnah negara yang indah ini…. Lain lah kalau ada WARGANEGARA ke-2… tapi Ely nak satu warganegara sebab itu BUKTI KESETIAAN kita pada NEGARA.

Tuesday, December 9, 2008

ELY MenDARaT Di BORNEo

Ely dah mula seronok dengan cara kehidupan orang Melayu. Sopan, ayu dan beradab. Kehidupan yang cukup bermakna buat Ely… Selama pelayaran Ely di beberapa buah benua; inilah penemuan yang cukup bermakna buat Ely… Orang Melayu cukup mesra dan murah dengan senyuman..
Ely rasa bahagia bila mendalami budaya Orang Melayu…Tak menyesal Ely mendengar usul Jack untuk merantau ke Asia lebih-lebih lagi di MALAYSIA

Ely kini berada di Borneo jauh dari Jack namun perhubungan kami masih lagi terjalin sebagai sebuah ikatan persahabatan yang cukup bermakna… Betul kata Jack luas perjalanan maka luas lagi pemandangan kita.. Ely suka kawasan Borneo kerana banyak pulau… Ely tak dapat lari daripada kehidupan Pulau kerana darah lanun masih sebati dalam diri Ely

Dalam blog ini Ely akan berkongsi mengenai perjalanan hidup Ely sekitar kawasan Borneo. Bukan itu sahaja Ely akan ceritakan setiap penemunan dalam diri Ely baik dalam kerjaya baru Ely hinggalah mencari ‘true love’ Ely. Jack akan sentiasa berada di samping Ely walaupun terpisah oleh Lautan China Selatan.

ELY PiRATES Of The ASIA

Salam sejahtera…

Kehadiran Ely di Benua Asia bukanlah menjadi satu berita hangat dipasaran… yang sebenarnya Ely dah penat dengan dunia pertempuran di lautan yang luas dan dah tiba masanya Ely ingin mencari ketenangan dan kebahagian pada diri Ely sendiri.

Kehadiran Jack di dalam hidup Ely bagaikan sudah dirancang, yang pasti bakal mengharungi segala cabaran dunia ini bersama…. Perhubungan ini cukup suci, hanya Ely dan Jack sahaja memahami perhubungan tersebut. Persefahaman yang terjalin sukar untuk Ely ungkapkan melalui kata-kata, walaupun Jack memiliki dunianya sendiri namun Ely akan sentiasa membantu Jack jika diperlukan….

Jack adalah teman seperjuangan Ely seorang rakan yang cukup memahami diri Ely… juga teman yang sama-sama mempertahankan satu prinsip dan matlamat diri yang sama iaitu memastikan agama, bangsa dan negara akan terus dipelihara…

Sebelum ini Ely sentiasa bertempur dengan pirates hanya untuk memperjuangkan cinta sejati Ely… Namun Ely masih lagi mengekalkan impian utamanya bila tiba di benua Asia cuma berbeza dengan cara Ely.. Apa-apa pun jua Ely akan lebih banyak merujuk kepada Jack… Bagi Ely kewujudannya di Asia ini di atas dorongan daripada Jack. Jack diumpamakan sebagai kamus dalam hidup Ely….Walau bagaimanapun Ely akan menentukan sendiri corak kehidupan Ely sendiri…