Kehadiran Ely di Benua Asia bukanlah menjadi satu berita hangat dipasaran… yang sebenarnya Ely dah penat dengan dunia pertempuran di lautan yang luas dan dah tiba masanya Ely ingin mencari ketenangan dan kebahagian pada diri Ely sendiri.
Kehadiran Jack di dalam hidup Ely bagaikan sudah dirancang, yang pasti bakal mengharungi segala cabaran dunia ini bersama…. Perhubungan ini cukup suci, hanya Ely dan Jack sahaja memahami perhubungan tersebut. Persefahaman yang terjalin sukar untuk Ely ungkapkan melalui kata-kata, walaupun Jack memiliki dunianya sendiri namun Ely akan sentiasa membantu Jack jika diperlukan….
Jack adalah teman seperjuangan Ely seorang rakan yang cukup memahami diri Ely… juga teman yang sama-sama mempertahankan satu prinsip dan matlamat diri yang sama iaitu memastikan agama, bangsa dan negara akan terus dipelihara…
Sebelum ini Ely sentiasa bertempur dengan pirates hanya untuk memperjuangkan cinta sejati Ely… Namun Ely masih lagi mengekalkan impian utamanya bila tiba di benua Asia cuma berbeza dengan cara Ely.. Apa-apa pun jua Ely akan lebih banyak merujuk kepada Jack… Bagi Ely kewujudannya di Asia ini di atas dorongan daripada Jack. Jack diumpamakan sebagai kamus dalam hidup Ely….Walau bagaimanapun Ely akan menentukan sendiri corak kehidupan Ely sendiri…


1 comment:
Salam ziarah serta perkenalan.
Syabas dengan munculnya blog ini, teruskan usaha murni Ely, semuga usaha bersepadu kita semua dapat sedikit-sebanyak dapat membantu Negara memulihkan keamanan dirantau ini.
Post a Comment