Friday, December 12, 2008

TrUe LoVE - TwiLIGHT

Dalam tiga minggu ni mood Ely tak berapa ok mungkin dah hujung tahun kot tak banyak kapal yang hendak diserbu plus rampas…… Untuk mendapatkan semula mood Ely, seperti biasa Ely akan stay kat Cinema yang terdekat.
TWILIGHT… mmm movie ni Ely dah tonton 3 kali berturut-turut. Tak ada kompromi langsung… Teruja sangat nak tengok movie ni… Bukanlah nak mengagung-agung pada movie barat tapi dah reality Ely amat meminati skrip Twilight….
Buat pertama kali... Menyaksikan movie ni dah falling in love dengan skrip dia… kalau part pelakon memanglah part of it.. tapi yang jelasnya jalan ceritanya cukup berbeza dengan cerita vampire buatan Barat sebelum ni….
Antara perubahan yang cukup jelas…
  1. Vampire dah jadi pengamal vegetarian
  2. Vampire boleh kena sinaran matahari tapi badan tak pula terbakar but sparkling like a diamond.
  3. Vampire tak ada unsur kelucahan melampau 18SX
  4. Vampire sanggup gadai nyawa sendiri demi mempertahankan cinta sejati...
Penulis Twiligt, Stephenie Meyer kira dah berjaya mengubah persepsi Ely terhadap Vampire Barat . Apa tidaknya dalam Twilight kita dapat lihat vampire pun ada juga perasaan macam manusia biasa ….
Hubungan kekeluarga yang cukup kuat walaupun tak ada kaitan darah sama sekali……
Moral of this stories : Ely suka membuat perbandingan cerita dalam filem dengan cara kehidupan kita seharian…. Ely tersentuh melihat scene BELLA sedang diburu oleh JAMES, DR. CULLEN berperanan untuk memastikan BELLA selamat kerana BELLA sudah dianggap sebagai salah seorang anggota keluarga mereka.
Berbalik kepada cara hidup kita di Malaysia, Ely ingin menyentuh isu penghinaan Islam oleh Blogger Surind…. Sape yang tak terasa bila isu agama diperkotak katikkan dan dihina…
Sape yang tak bertindak apabila agama yang dianuti selama ini disimpulkan tanpa melihat sensitivity penganut agama tersebut.
Orang Islam tak pernah mengamalkan sikap DENDAM bila dah keluar kenyataan maaf daripada individu yang dah terlajak kata….
Orang Islam akan maafkan kerana dah sifat manusia sentiasa melakukan kesilapan… tapi jangan lah nak ambik kesempatan bila dan minta maaf buat lagi; kesalahan yang sama… FIKIRKAN lah…
Hidup di Malaysia cukup unik dan ini yang menambat hati Ely untuk terus tinggal di MALAYSIA….takkan kita sanggup nak musnah negara yang indah ini…. Lain lah kalau ada WARGANEGARA ke-2… tapi Ely nak satu warganegara sebab itu BUKTI KESETIAAN kita pada NEGARA.

1 comment:

MAWAR BERDURI said...

salam ely?

awk ni musti girl Jack kan tak pun wife nya hehehehe...

saya ada kawan namanya sumandak! dia pun suka sangat ngan crita Twilight ni..dia pun dah tenguk 3 kali...mcm sama plak ngan awk..

mungkin ely ni kembar sumandak heheh gurau jee...

ely bukalah satu blog g yang hina Islam..musti jack dah g tau ely kan?

bagi mawar penghinaan yang dilemparkan terhadapt agama yang kita anuti iaitu Islam bukan lah kerana kesilapan ajaran agama itu sendiri tetapi kesalahan penganut agama Islam menterjemahkan makna sebenar Jihad.

cuma tidak ada yang berhak menghina wlupun mrk tidak percaya dengan agama kita.

bak kata Jack Teruskan Perjuangan.